Wednesday, June 3, 2009

it wasnt their fault, hello.

Jawablah!: Bengang dakwaan 'gila mikrofon'
Oleh Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my

Andy Estranged bangkit beri penjelasan ekoran gosip sewaktu konsert Rhythm Of Unity MARAH sungguh kumpulan Estranged apabila mendapat tahu ada gosip di akhbar yang mengatakan kumpulan mereka syok sendiri sewaktu menjayakan konsert Rhythm Of Unity yang berlangsung di kawasan meletak kereta di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Mei lalu. Berdasarkan apa yang disiarkan menerusi gosip Normah Bechok dalam ruangan Dengarnya...., Estranged dikatakan ‘gila mikrofon’ apabila menyanyikan lima lagu walaupun sudah diberi amaran oleh penganjur, eBlitz Communications Sdn. Bhd yang mahukan mereka menyanyikan dua buah lagu saja.

Kesannya, kumpulan yang membuat persembahan Estranged iaitu Slank hanya menyanyikan dua buah lagu saja dan itu mengundang kemarahan penonton yang begitu setia menantikan persembahan kumpulan dari Indonesia itu sejak awal petang lagi. Terperangkap dalam situasi apatah lagi ini kali pertama menganjurkan sebuah konsert, eBlitz meletakkan sepenuh kesalahan itu kepada Estranged dan akibatnya, nama kumpulan yang popular dengan lagu terbaru mereka, Yang Pernah dan Aurora ini tercemar sekali gus memberikan gambaran buruk kepada band indie yang lain. Merasakan diri mereka teraniaya, pemain dram kumpulan ini, Andy bangkit memberikan penjelasan kepada Hip serta menerangkan apa sebenarnya yang berlaku pada malam konsert itu berlangsung.


Hip: Mungkin Andy boleh beri penjelasan yang mengatakan kumpulan Estranged buat persembahan syok sendiri sewaktu konsert Rhythm Of Unity berlangsung?

Andy: Sebenarnya kami sendiri terkejut apabila mendapat tahu mengenai gosip itu kerana setahu kami pihak penganjur tidak memberi sebarang amaran. Sebaliknya mereka bersetuju apabila kami katakan mahu menyanyikan lima buah lagu. Dan andai benar mereka kecewa atau terkilan dengan Estranged, mengapa ketika kami mahu pulang, mereka melayani kami seperti biasa, bersalam dan tidak membangkitkan sebarang rasa tidak puas hati masa itu. Jadi apabila tiba-tiba muncul kenyataan di akhbar yang mengatakan mereka kecewa apabila kami menyanyi melebihi waktu yang ditetapkan sehingga menyebabkan kumpulan Slank terpaksa menyanyi dua buah lagu saja, itu membuatkan kami bengang kerana ia jelas mencemarkan nama kami di mata khalayak.

Hip: Takkan pihak Estranged tidak dimaklumkan langsung mengenai syarat itu?

Andy: Apa yang saya tahu mereka tidak mengeluarkan arahan apa-apa. Bukan saja kami tetapi pengurus kami juga tidak dimaklumkan apa-apa. Malah kami sendiri tidak dimaklumkan bahawa mereka hanya mendapat permit dari pihak DBKL hanyalah setakat jam 12.30 tengah malam. Kalau benar mereka ada beritahu, takkan kami nak buat kepala sendiri?

Hip: Tak ada usaha untuk bersemuka dengan mereka serta meminta penjelasan atas apa yang terjadi?

Andy: Sebaik saja gosip itu tersiar di akhbar, pengurus kami ada berjumpa dengan wakil penganjur dan mereka ada berjanji untuk memohon maaf secara terbuka tapi saya tak nampak pun mereka berbuat demikian. Sebenarnya sejak awal lagi kami sudah sangsi dengan penganjuran konsert ini. Bayangkan belum pernah kami membuat konsert tanpa sebarang sesi sound check. Tapi untuk konsert ini, kami tidak berkesempatan untuk sound check disebabkan beberapa masalah. Ada ke patut mereka suruh kami buat sound check jam 3.30 pagi pada hari berlangsungnya konsert? Kami tak buat pun. Kemudian mereka menyuruh kami bersedia pada jam 12 tengah hari untuk sound check namun kami terkejut apabila mendapati pentas yang disediakan sedang dibuka. Saya difahamkan khabarnya pihak pembekal marah apabila pihak penganjur tidak menjelaskan bayaran dan disebabkan itulah mereka membuka kembali pentas yang dipasang. Lebih teruk lagi apabila pentas hanya baru dipasang ketika jam 5 petang di mana waktu itu sepatutnya konsert sudah bermula. Di sini menunjukkan yang penganjur sebenarnya tidak profesional dalam menjalankan kerja mereka.

Hip: Mungkin mereka masih baru dalam bidang ini menyebabkan konsert anjuran mereka menjadi kucar kacir?

Andy: Saya faham keadaan ini dan disebabkan itulah walaupun pada peringkat awal saya lihat banyak masalah yang berlaku namun atas dasar ingin memberi sokongan terhadap usaha mereka menganjurkan konsert untuk band indie, jadi kami teruskan juga membuat persembahan. Tapi lain pula jadinya apabila kami yang dipersalahkan atas apa yang berlaku. Saya juga ingin menyentuh soal bayaran. Berdasarkan perjanjian awal, penganjur akan menjelaskan baki bayaran selepas konsert berakhir. Namun sehingga kini tiada khabar yang diterima. Setakat ini mereka hanya menjelaskan bayaran sebanyak 30 peratus. Kami masih menunggu dan jika mereka gagal melunaskan bayaran yang dijanjikan, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Hip: Bagaimana pula dengan reaksi kumpulan Slank sendiri?

Andy: Pihak pengurusan kami ada bertemu dengan pengurusan mereka dan nampaknya mereka tidak menyalahkan kami dalam hal ini. Mereka memahami situasi yang berlaku. Cuma kami risau bagaimana penerimaan media di negara Indonesia. Kami bimbang jika mereka menulis bukan-bukan mengenai kami hanya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur.

Hip: Serik untuk bekerjasama dengan penganjur seperti ini pada masa akan datang?

Andy: Bukan serik tetapi mungkin selepas ini kami kena berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali. Kami tidak mahu disebabkan sikap tidak profesional pihak penganjur, kami menjadi mangsa. Kami tidak mahu disebabkan mereka, nama kumpulan Indie lain turut tercemar. Pastinya selepas ini ada penganjur yang berat untuk mengundang band Indie membuat persembahan kerana bimbang masalah serupa akan berlaku. Apapun dengan penjelasan ini, kami harap semua pihak mendapat gambaran yang benar terhadap apa yang berlaku



whatever it is, estranged is not guilty, i can feel it even though i wasnt there at the concert. the people who accused estranged are nothing but a psychopath, son of a bitch, n they r trying to put estranged down.


go estranged! i'll always support u guys, no matter what.




p/s-i wish i could be there too, watching ur energetic performance is such pleasure to the eyes.



till then, xoxo.

No comments:

Post a Comment